TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi Maklumat adalah merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data atau ringkasnya ialah memudahkan adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
MAKLUMAT TANPA SEMPADAN
Seringkali dikaitkan dengan sistem IT atau maklumat yang diperolehi melalui internet tanpa ada batasan walau di mana saja kita berada.Selain itu penggunaan alat telekomunikasi turut dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan iaitu kita boleh berhubung dengan sesiapa saja melalui alat digital ataupun elektronik mahupun komunikasi melalui sistem komputer atau ruangan cyber.
PERISIAN DAN PERKAKASAN
Perkakasan - Merupakan komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara terus dengan komputer atau sistem yang lain. Ia juga merupakan alat yang digunakan sebagai input, dan aktiviti pemprosesan serta output..
Perisian - merupakan arahan yang terdapat dalam bentuk program dan mengawal operasi ataupun perjalanan sesuatu komputer. Ini termasuklah pendokumentasian..